Soalan Lazim CTOS Car Insurance

  • Apakah CTOS Car Insurance?

    Ia adalah produk dan platform insurans kereta yang dicipta dengan kerjasama PolicyStreet.
  • Bagaimanakah cara memperbaharui insurans dan cukai jalan saya dengan CTOS Car Insurance x PolicyStreet?

    Ianya cepat dan mudah! Anda boleh melakukannya secara atas talian di carinsurance.ctosids.com. Anda hanya perlu memberikan maklumat yang berikut kepada kami:
    • Nombor pendaftaran kenderaan
    • Nombor IC (MyKad)
    • Poskod
    • Status perkahwinan
  • Syarikat insurans mana yang saya boleh dapatkan sebut harga secara serta-merta?

    • Tune Protect Group Berhad
    • AXA Affin General Insurance Berhad
    • Etiqa General Takaful Berhad
    • Berjaya Sompo Insurance Berhad
    • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
    • RHB Insurance Berhad
    • MSIG Insurance Berhad
    • Zurich General Insurance Malaysia Berhad
    • Pacific & Orient Insurance Co. Bhd
    • Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
  • Apa yang saya perlu lakukan sekiranya saya lupa tarikh tamat cukai jalan?

    Jangan risau, kami akan menyemak butiran anda melalui integrasi kami dengan PolicyStreet dan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Siapa yang boleh menggunakan servis CTOS Car Insurance?

    Sesiapa yang memiliki kenderaan yang didaftarkan dengan JPJ di Malaysia boleh menggunakan servis kami.
  • Apa kelebihan memperbaharui insurans kereta menggunakan CTOS Car Insurance?

    Dengan CTOS Car Insurance, anda boleh perbaharui insurans kereta anda secara atas talian secara serta-merta, di mana jua tanpa memerlukan anda berjumpa dengan ejen atau sesiapa pun. Servis kami sangat mudah, menjimatkan masa, kos dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Di samping itu, anda juga akan menerima baucar diskaun untuk premium insurans kereta anda (jika anda layak) dan kod promosi untuk menebus laporan MyCTOS Score secara PERCUMA setiap kali anda memperbaharui insurans kereta anda dengan kami supaya anda boleh sentiasa mengawal kesihatan kredit anda.
  • Bagaimana jika saya warga asing atau memiliki kereta berdaftar syarikat?

    Anda boleh menghubungi pasukan Pengalaman Pelanggan PolicyStreet untuk membantu anda melalui saluran berikut:
    • Hubungi +603-3310-0063 (Isnin – Sabtu, 9.00am - 6.00pm)
    • WhatsApp +6011-1684-2590 (Isnin – Sabtu, 9.00am - 11.00pm / Ahad dari 12.00pm - 11.00pm)
  • Apa jenis kenderaan yang boleh saya perbaharui dengan CTOS Car Insurance di atas talian?

    Buat masa sekarang, kami menawarkan servis perbaharui insurans kereta untuk kereta peribadi sahaja
  • Bagaimana saya nak tahu sekiranya transaksi saya berjaya?

    Setiap transaksi yang berjaya akan menerima e-Resit PolicyStreet. Sekiranya anda masih mempunyai keraguan tentang servis kami, anda boleh menghubungi pasukan Pengalaman Pelanggan kami melalui saluran berikut:
    • Hubungi +603-3310-0063 (Isnin – Sabtu, 9.00am - 6.00pm)
    • WhatsApp +6011-1684-2590 (Isnin – Sabtu, 9.00am - 11.00pm / Ahad from 12.00pm - 11.00pm)
    • Hantarkan e-mel kepada kami di admin@policystreet.com
  • Apa jenis bayaran yang boleh saya lakukan?

    Kami menerima bayaran berikut:
    • Credit and Debit Card (Mastercard, Visa, UnionPay),
    • FPX (Affin Bank, Agrobank, Alliance Bank, Ambank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, BSN, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, HSBC, Kuwait Finance House, Maybank2U, OCBC Bank, Public Bank, RHB Bank, Standard Chartered, UOB Bank, Agrobank).
  • Bolehkah saya memperbaharui cukai jalan sekiranya saya mempunyai saman trafik yang belum dijelaskan?

    Semasa proses pembaharuan, servis JPJ di atas talian akan menyemak semua saman dan rekod senarai hitam di dalam sistem JPJ dan PDRM. Untuk membolehkan kami memperbaharui cukai jalan anda, anda perlu menyelesaikan semua saman anda.
  • Bagaimana saya akan menerima e-Polisi/e-Sijil Insurans selepas saya sudah membuat bayaran?

    Anda akan menerima e-Polisi/e-Cover Note anda dalam masa 1 hari perniagaan. Masa mungkin berbeza sedikit berdasarkan syarikat insurans dan lokasi.
  • Bagaimana saya akan menerima cukai jalan selepas saya sudah membuat bayaran?

    Kami akan menghantar cukai jalan anda ke alamat jalan berdaftar anda (anggaran jangka masa penghantaran: 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia dan dalam masa 5 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak).
  • Apakah jenis bayaran yang akan dikenakan untuk pembaharuan cukai jalan di atas talian?

    Caj yang terlibat ialah caj cukai jalan dan caj penghantaran tetap RM15. PolicyStreet akan melakukan semua pembaharuan yang diperlukan dengan syarat anda tidak mempunyai saman tertunggak atau sebarang rekod senarai hitam.
  • Di mana saya boleh menyemak transaksi pembayaran?

    Transaksi pembayaran akan dihantar melalui e-mel selepas proses pembaharuan selesai.
  • Adakah saya akan menerima resit selepas pembayaran?

    Ya, e-Resit akan dikeluarkan untuk setiap transaki yang berjaya. Sila simpan resit ini untuk rujukan.
  • Adakah saya perlu mencetak kad hak milik kenderaan untuk perbaharui cukai jalan?

    Dengan PolicyStreet, anda tidak lagi perlu mencetak kad hak milik kenderaan.
  • Apa yang berlaku sekiranya pembayaran gagal?

    Ada beberapa situasi di mana pembayaran anda gagal. Bergantung kepada situasi anda, masalah berikut mungkin berlaku:
    • Kad Kredit – Bergantung kepada status kredit anda, anda perlu menghubungi pihak kad kredit untuk memastikan kad anda masih aktif.
    • Masalah Sistem – Adakala sistem mengalami gangguan teknikal. Sekiranya inin berlaku, sila cuba membuat pembayaran semula.
  • Sekiranya saya membuat pembatalan, adakah saya akan mendapat bayaran balik?

    Kami berhasrat untuk menghantar e-Polisi kepada anda secepat mungkin. Oleh itu, jika anda telah menerima e-Polisi/e-Cover Note anda sebelum anda membuat keputusan untuk membuat pembatakan, kami perlu melakukan beberapa langkah pengesahan maklumat sebelum memproses bayaran balik anda. Kami akan menghantar e-Polisi kepada anda dalam masa 1 hari bekerja. Selepas anda menerima e-Polisi/e-Sijil Insurans, anda boleh membuat pembatalan polisi degan pihak insurans yang berkenaan.
  • Siapa boleh saya hubungi untuk bantuan?

    Anda boleh menghubungi pasukan Pengalaman Pelanggan kami melalui saluran berikut:
    • Hubungi +603-3310-0063 (Isnin – Sabtu, 9.00am - 6.00pm)
    • WhatsApp +6011-1684-2590 (Isnin – Sabtu, 9.00am - 11.00pm / Ahad from 12.00pm - 11.00pm)
    • Hantarkan e-mel kepada kami di admin@policystreet.com
  • Adakah servis ini boleh digunakan pada bila-bila masa?

    Ya, sistem atas talian kami boleh digunakan selama 24 jam pada setiap hari.
  • Bagaimana saya boleh membuat tuntutan insuran?

    • AXA Affin General Insurance Berhad - 03-2170-8282
    • Etiqa General Takaful Berhad - 1-300-88-1007 / 1-800-88-6491
    • Berjaya Sompo Insurance Berhad - 03-7628-3822 / 03-7841-5660 / 1-800-889-933
    • Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad - 1-800-888-788
    • RHB Insurance Berhad - 1-300-880-881
    • MSIG Insurance Berhad – 1-800-880-883
    • Tune Protect Group Berhad – 1800-22-8863
    • Zurich General Insurance Malaysia Berhad – 1-300-88-1323
    • Pacific & Orient Insurance Co. Bhd – 1-800-88-2121
    • Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad – 1-800-22-5542
  • Sekiranya kenderaan saya dicuri, adakah saya akan mendapat tuntutan insurans sepenuhnya?

    Tuntutan adalah berdasarkan harga pasaran kenderaan. Justeru itu, kami menggalakkan anda untuk melindungi kenderaan anda berdasarkan harga pasaran atau harga yang telah disetujui oleh pihak insurans yang berkenaan.
  • Adakah saya akan diberikan khidmat kenderaan sementara semasa kenderaan saya sedang dibaikpulih?

    Tuntutan Loss of Use hanya diberikan terhadap tuntutan pihak ketiga. Kebanyakan syarikat insurans tidak akan memberikan sebarang khidmat kenderaan sementara tapi mungkin memberikan khidmat ini berdasarkan kes tertentu. Tuntutan Knock for Knock adalah tuntutan terhadap kenderaan sendiri di atas kecuaian sendiri, justeru tiada khidmat kenderaan sementara akan diberikan.
  • Apa itu ‘Excess’?

    Excess ialah amaun yang perlu dibayar oleh individu yang mempunyai insurans berkenaan, biasanya dikira pada 1% daripada jumlah yang diinsuranskan. Sebagai contoh, jika jumlah yang diinsuranskan ialah RM50,000, Excess ialah RM500. Jika ada tuntutan sebanyak RM10,000, syarikat insurans akan membayar RM9,500 dan individu yang diinsuranskan akan membayar perbezaan sebanyak RM500.
  • Apa itu No Claims Discount (NCD)?

    No Claims Discount ialah diskaun yang diberikan kepada pemilik kenderaan yang tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun kenderaan tersebut diinsuranskan. Sekiranya anda tidak membuat tuntutan untuk tahun-tahun berikutnya, NCD anda akan meningkat, tetapi sekiranya anda membuat tuntutan, NCD anda akan jatuh ke 0% semula sebelum anda boleh mendapat NCD pada tahun berikutnya. Jumlah NCD bergantung pada jenis kenderaan, jumlah yang diinsuranskan dan jumlah tahun yang tiada tuntutan dibuat. Jumlah maksima NCD is 55% untuk kenderaan persendirian.
  • Apa yang boleh saya harapkan berlaku setelah saya membeli PrOmilej?

    Pasukan Pengalaman Pelanggan kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan gambar foto bacaan odometer semasa kereta anda dan melakukan pengesahan OTP bagi nombor telefon bimbit yang anda berikan.

Soalan Lazim Kempen CTOS Car Insurance x PolicyStreet

  • Apakah kempen CTOS Car Insurance x PolicyStreet?

    Kempen ini bertujuan untuk menjadikan pembaharuan insurans kereta persendirian lebih cepat, mudah dan senang untuk pelanggan kami serta mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan kredit dan skor kredit.
  • Bagaimanakah kempen ini berfungsi dan apakah faedahnya untuk saya?

    Mudah sahaja! Anda hanya perlu memperbaharui insurans kereta anda secara atas talian melalui CTOS Car Insurance dan anda akan menerima 2 faedah hebat:
    • Diskaun premium insurans kereta anda (jika anda layak)
    • Laporan kredit peribadi komprehensif percuma (untuk ditebus melalui kod promo)
    Apabila anda memperbaharui insurans kereta anda secara atas talian melalui CTOS Car Insurance, anda akan mendapat kod promosi untuk menebus satu (1) laporan MyCTOS Score yang terkini secara percuma supaya anda boleh terus memantau kesihatan kredit anda dan mengetahui status kredit semasa anda.
    Sebelum membuat pembaharuan insurans kereta anda, anda juga boleh memasukkan kod baucar diskaun untuk menikmati harga yang lebih rendah untuk premium insurans anda. Potongan diskaun yang anda layak terima akan ditolak terus daripada kos premium insurans anda, jadi anda akan menikmati harga yang lebih rendah apabila anda membuat pembayaran anda.
  • Jika saya memperbaharui insurans kereta saya dengan CTOS Car Insurance x PolicyStreet, berapa banyakkah diskaun yang akan saya dapat?

    Sila rujuk jadual di bawah untuk potongan diskaun berdasarkan harga premium insurans kereta:
    Premium Insurans Kereta
    (RM)
    Amaun Diskaun
    (Ditolak dari harga premium)
    Kod Diskaun
    Baucher CTOS
    Kurang daripada atau bersamaan dengan RM10000
    RM 15
    CTOS15
    RM1000 – RM1499
    RM 20
    CTOS20
    RM1500 – RM1999
    RM 30
    CTOS30
    Bersamaan dengan atau lebih daripada RM2000
    RM 40
    CTOS40